Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memperkenalkan iPad 9.7-inci Dengan Sokongan Apple Pencil

Apple hari ini telah memperkenalkan tablet iPad bersaiz 9.7-inci yang terbaru, dimana melalui versi terkini ini, ia turut hadir dengan sokongan Apple Pencil untuk memudahkan pengguna melakukan input.

Apple iPad 9.7-inci

Apple iPad 9.7-inci yang baru ini dilengkapi cip A10 Fusion dan hadir dengan paparan Retina. Pengguna bukan sahaja boleh melakukan pelbagai tugasan melaluinya, tetapi turut menikmati kandungan AR tanpa masalah menggunakan skrin bersaiz besar.

Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan sokongan selular, dan turut menyertakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Melengkapkan tablet ini adalah iOS 11 yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna iPad – termasuk seperti Dock dan sebagainya.

Apple iPad 9.7-inci

Apple akan menawarkannya di Amerika Syarikat bermula hari ini, dan ia dijangka hadir ke pasaran tempatan sekitar Mei kelak. Menariknya, Apple juga menawarkan iPad ini untuk pengguna di industri pendidikan pada harga sedikit murah.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan iPad 9.7-inci Dengan Sokongan Apple Pencil"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info