Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Panel Mikro-LED Untuk Gantikan Penggunaan OLED

Apple kini dilaporkan sedang turut membangunkan dan menguji panel paparan sendiri dalam usaha menggantikan teknologi panel OLED yang dikuasai Samsung. Menurut Bloomberg, Apple sedang menguji teknologi panel mikro-LED yang dijangka digunakan pada pelbagai peranti Apple akan datang.

Dengan penggunaan skrin mikro-LED, ia sekaligus dikatakan akan menawarkan paparan yang jelas dan kurang menggunakan tenaga bateri – selain pada masa yang sama membolehkan penghasilan peranti yang lebih nipis berbanding hari ini.

Apple dijangka akan menggunakan panel mikro-LED ini pada Apple Watch terlebih dahulu, sebelum digunakan pada iPhone dan sebagainya. Penggunaan panel baru ini dijangka akan mengambil masa beberapa tahun memandangkan masih perlu melalui pelbagai fasa ujian, dan perlu mempunyai kebolehan pengeluaran yang selari dengan permintaan pengguna.

Pengeluaran panel tersendiri ini juga akan memberikan kelebihan kepada Apple – berbanding pesaing yang menggunakan skrin LCD dan OLED pada hari ini.

Sehingga pengenalan mikro-LED ini secara meluas, kita mungkin akan melihat Apple memfokuskan kepada penggunaan panel OLED sahaja buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Panel Mikro-LED Untuk Gantikan Penggunaan OLED"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info