Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Mungkin Melancarkan Kata Mata Pintar AR Pada Tahun Ini

Intel mempunyai pelaburan pada beberapa teknologi baru, termasuk salah satunya pada realiti-gabungan (AR). Terkini, Bloomberg mengatakan Intel ingin mengasingkan perniagaan AR dan menjual pegangan majoriti pada syarikat baru berkenaan kelak.

Cermin Mata

Syarikat baru tersebut dikatakan menyasarkan untuk menawarkan kaca mata pintar kepada pengguna seawal tahun ini. Kaca mata berkenaan akan berhubung kepada telefon pintar pengguna melalui Bluetooth, dan memaparkan sejumlah informasi terus kepada mata pengguna.

Buat masa ini, ia dikatakan Quanta Computer membuat pengeluaran untuk Intel dibawah kontrak. Perniagaan baru ini dikatakan akan dinamakan sebagai Vaunt.

Bercakap mengenai kaca mata pintar, sebelum ini Google telah memperkenalkan Google Glass, selain Apple turut dikatakan sedang membangunkan kaca mata pintar AR mereka tersendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Mungkin Melancarkan Kata Mata Pintar AR Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info