Sembang Maniac

Sembang-sembang je

IDC – Jualan Tablet Terus Merosot Namun iPad Kekal Tablet Dengan Jualan Tertinggi Sepanjang 2017

Lapan tahun yang lalu iPad diperlihatkan secara rasmi. Ia mengubah landskap penggunaan tablet seluruh dunia dan bertanggungjawab ke atas terciptanya iPhone. Selepas lapan tahun ia masih lagi mendominasi pasaran tablet dunia menurut angka terkini yang dikongsi oleh IDC.

Tahun lalu sebanyak 42.6 juta  iPad terjual yang memberikan pegangan pasaran sebesar 26.8%. Ini adalah peningkatan dari 24.3% tahun 2016. Samsung di tangga kedua dengan 15.2% diikuti oleh Amazon (10.2%), Huawei (7.7%) dan Lenovo (6.3%). Samsung dan Lenovo masing-masing menunjukkan kemerosotan jualan. Amazon dan Huawei pula mencatatkan peningkatan dua angka.

Jualan tablet terus merosot tahun lalu sebanyak 6.5% berbanding 2016. Hanya 163.5 juta unit terjual berbanding 174.9 juta pada tahun 2016. Adakah anda masih menggunakan tablet? Jika ya adalah ia sebuah iPad?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "IDC – Jualan Tablet Terus Merosot Namun iPad Kekal Tablet Dengan Jualan Tertinggi Sepanjang 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info