Google kini telah melancarkan Google Store secara rasminya di Singapura, sekaligus membolehkan rakan-rakan kita dinegara jiran untuk mendapatkan pelbagai produk keluaran Google dengan mudah.
Google Store di Singapura menyenaraikan sebanyak 6 buah produk buar masa ini, iaitu Pixel 2, Pixel Buds, Google Home Mini, Google Home, Google Wifi, dan juga Chromecast.
Bagi anda yang berada di Singapura, boleh melakukan pembelian menggunakan mata wang SGD melalui Google Store bermula hari ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google Store ini akan diperluaskan untuk pasaran Malaysia.
Buat masa ini, pautan Google Store untuk pengguna tempatan hanya sekadar menghubungkan pengguna dengan beberapa produk yang dijual melalui Lazada sahaja.
Layari : Google Singapura
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Store Dilancarkan Di Singapura – Menawarkan Pixel 2, Google Homes, Dan Lain-Lain"