Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Surface Book 2 Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula 7 Februari

Microsoft sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka akan membawa masuk komputer riba Surface Book 2 untuk pasaran tempatan. Sehingga kini, tarikh rasmi untuknya tidak diumumkan, tetapi ia dilihat mungkin ditawarkan tidak lama lagi.

Hali ini kerana kini salah satu penjual tempatan, iaitu Tunder Match telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil pra-tempahan untuk Microsoft Surface Book 2 untuk pasaran tempatan bermula 7 Februari 2018, iaitu esok.

Surface Book 2 hadir dalam pilihan saiz 13-inci dan 15-inci, dilengkapi rekaan boleh diubah kepada tablet atau komputer riba, menggunakan cip Intel Core generasi kelapan, serta kad grafik GTX 1050 atau 1060. Microsoft mengatakan komputer riba ini menawarkan masa penggunaan sehingga 17 jam dengan sekali pengecasan.

Harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan esok ketika pra-tempahan dimulakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Surface Book 2 Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula 7 Februari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info