Selain daripada Machines, satu lagi pengedar rasmi Apple di Malaysia, iaitu Switch turut telah mula menawarkan khidmat tukar-ganti bateri iPhone SE, iPhone 6 dan terkini untuk pengguna tempatan. Walaubagaimanapun, lebih murah daripada Machines, Switch menawarkannya pada harga RM129 yang turut menyertakan sama GST dan juga upah pemasangan.
Menurut Switch, proses tukar-ganti ini akan mengambil masa sekitar 5 ke 7 hari bekerja, dan mereka yang berminat boleh menghantar ke sebarang pusat khidmat Switch seluruh negara bermula hari ini.
Promosi tukar-ganti bateri iPhone ini telah diumumkan oleh Apple sebelum ini. Langkah ini diambil oleh Apple kerana ramai pengguna yang tidak berpuas-hati dengan pengeluar berkenaan kerana memperlahankan peranti mereka melalui kemaskini perisian disebabkan kitar bateri lama yang membuatkan ia tidak mampu menampung pemprosesan berkuasa. Namun, masalah berkenaan boleh diatasi dengan menukar ganti ke bateri yang baru.
Peranti yang terlibat buat masa ini adalah iPhone SE, iPhone 6 dan juga yang terkini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Switch Turut Memulakan Penawaran Tukar-Ganti Bateri iPhone 6 Dan Terkini Pada Harga Bermula RM129"