Ketika mesyuarat bulanan, selalunya pelbagai idea akan dikongsi di papan putih. Selepas usai mesyuarat, seorang individu akan ditugaskan untuk menyalin kesemua perkara yang dibincangkan. Ini akan mengambil masa dan pasti ada cara lebih mudah untuk mempercepatkan proses ini. Samsung Flip ialah papan putih pintar yang dilancarkan sebentar tadi untuk kegunaan pejabat.
Samsung Flip mempunyai skrin sebesar 55″ dan menggunakan sistem operasi Tizen 3.0. Skrin besar ini menyokong resolusi 4K dan turut boleh disambung kepada komputer riba, tablet atau telefon pintar. Terdapat sokongan stylus untuk memudahkan lakaran serta sokongan menulis sehingga 20 helai nota. Skrin sesentuh Flip boleh dipadam menggunakan gesture. Terdapat juga sokongan storan sehingga 8 Gigabyte. Orientasi Flip juga boleh diubah untuk paparan secara menegak ataupun mendatar.
Samsung Flip akan dijual pada penghujung bulan ini bermula di Amerika Syarikat dan Eropah. Ia nyata bersaing dengan Micrpspft Surface Hub dan Google Jamboard yang turut menawarkan fungsi-fungsi yang serupa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Flip Dilancarkan – Papan Putih Pintar Untuk Kegunaan Pejabat"