Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pizza Hut Dan Toyota Memperlihatkan Konsep Penghantaran Menggunakan Kenderaan Swapandu

Toyota hari ini pada acara CES 2018 memperlihatkan kenderaan konsep yang dinamakan sebagai e-Palette – yang mana memfokuskan kepada menggunakan kenderaan swapandu berkenaan untuk tujuan menghantar barangan atau sebagai pengangkutan.

Pizza Hut Swapandu

Menariknya ketika memperlihatkan kenderaan swapandu berkenaan, Toyota turut berkongsi pentas dengan Pizza Hut untuk memperlihatkan konsep mereka. Melalui idea yang dikongsikan, ia akan membolehkan pengguna membuat tempahan Pizza Hut dan kenderaan swapandu akan memandu ke lokasi untuk tujuan penghantaran.

Selain Pizza Hut, Toyota turut mengatakan mereka bercadang untuk bekerjasama dengan sejumlah jenama lain untuk kenderaan swapandu ini, termasuk Uber, Amazon dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih sekadar konsep sahaja, dan Toyota menyasarkan untuk hadir dengan kenderaan swapandu seawal 2020 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pizza Hut Dan Toyota Memperlihatkan Konsep Penghantaran Menggunakan Kenderaan Swapandu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info