Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Menjejak Peranti My Xperia Ditamatkan Oleh Sony

Perkhidmatan menjejak lokasi peranti My Xperia telah dilancarkan oleh Sony lima tahun yang lalu. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, peranti yang dicuri boleh dijejak dan kandungannya dipadam dari jarak jauh. Ini menawarkan fungsi yang sama seperti Find My Device.

Sejak 17 Januari yang lalu, perkhidmatan My Xperia telahpun dihentikan. Tiada pengumuman rasmi dikeluarkan oleh Sony sebelum ia dimatikan. Pengguna hanya menyedari ia tidak lagi berfungsi dan apabila disoal menerusi forum rasmi akhirnya Sony mengesahkan penghentiannya. Sekiranya laman My Xperia diakses, pelawat akan dilencongkan ke laman Google Find My Device.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Menjejak Peranti My Xperia Ditamatkan Oleh Sony"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info