Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penumpang Akhirnya Boleh Menggunakan Peranti Di Dalam Mod Pesawat Oleh Beberapa Syarikat Penerbangan China

Sekiranya anda kerap ke China menggunakan syarikat penerangan China, anda pasti menyedari mereka mempunyai satu peraturan yang sedikit menyusahkan. Kesemua peranti pintar diharamkan dari digunakan walaupun di dalam mod pesawat. Sekiranya terkantol, pramugari akan memarahi penumpang dan mengarahkan peranti dimatikan.

Syarikat penerbangan China Eastern Airlines, Hainan Airlines dan Lucky Air mula membenarkan penumpang menggunakan peranti di dalam mod pesawat sejak semalam. Mereka adalah yang pertama membenarkannya selepas Pentadbir Penerbangan Awam China (CAAC) memberikan kelonggaran penggunaan peranti pada September tahun lalu.

Kelonggaran yang diberikan ini akhirnya selari dengan garis panduan pengguna antarabangsa yang membenarkan penggunaan peranti di dalam pesawat sejak 2013. Sebelum ini kegagalan mematikan peranti di dalam pesawat boleh mengakibatkan penumpang dipenjara sehingga 10 hari. Terdapat kes penumpang dipenjara selama lima hari keran mendengar aplikasi muzik ketika pesawat melakukan pendarat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penumpang Akhirnya Boleh Menggunakan Peranti Di Dalam Mod Pesawat Oleh Beberapa Syarikat Penerbangan China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info