Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KGI – Penghasilan iPhone X Akan Dihentikan Pada Pertengahan 2018 Kerana Kekurangan Sambutan

Telefon pintar yang menggegarkan dunia peranti mudah alih tahun lalu pastinya iPhone X. Rekaan iPhone ini jauh berbeza dari model terdahulu dan mempopularkan semula sistem imbasan wajah pada peranti Android. Sungguhpun begitu KGI, salah satu penganalisa popular berkaitan dengan Apple, kini meramalkan penghasilan iPhone X  akan dihentikan pada pertengahan 2018 kerana kekurangan sambutan.

Mereka juga menukar ramalan jualan iPhone X kepada 62 juta berbanding ramalan asal sebanyak 80 juta. Faktor yang diberikan ialah sambutan yang lebih rendah dari jangkaan di pasaran China. Pengguna di China turut merasakan skrin pada iPhone X adalah kecil dan menantikan model baru dengan skrin yang lebih besar. Harga jualannya yang jauh lebih mahal berbanding model lain turut mendatangkan kesan negatif.

Sebelum ini KGI meramalkan Apple akan menghasilkan tiga peranti iPhone tahun ini dengan rekaan seumpama iPhone X. Ketiga-tiga model mempunyai saiz dan teknologi skrin yang berbeza. Model paling besar dilengkapi skrin OLED 6.5″ dan model paling kecil dilengkapi skrin OLED 5.8″. Model yang paling menarik ialah yang ketiga dengan skrin LCD 6.1″.

Dari pengamatan peribadi kami menyedari jarang melihat iPhone X digunakan di Malaysia kecuali di pejabat kami sendiri. Walaupun di kawasan eksklusif seperti KLCC. kami melihat lebih ramai pengguna iPhone 8 Plus.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KGI – Penghasilan iPhone X Akan Dihentikan Pada Pertengahan 2018 Kerana Kekurangan Sambutan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info