Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Meminta Pengguna Berhenti Memasang Kemaskini “Meltdown/Spectre” – Membawa Masalah “Reboot”

Tahun 2018 ini dimulakan dengan kejutan penemuan kerentanan baru pada cip pemprosesan, dinamakan Spectre dan Meltdown. Sejak ia ditemui, beberapa kemaskini telah mula ditawarkan untuk mengatasi masalah kerentanan berkenaan.

Namun, sejak seminggu kebelakangan, ramai pengguna melaporkan masalah ketika reboot dan sebagainya selepas memasang kemaskini perisian baru yang ditawarkan pengeluar untuk mengatasi kerentanan berkenaan.

Bercakap mengenainya, kini Intel meminta pengguna untuk berhenti memasang kemaskini berkenaan, dan menantikan kemaskini baru untuk mengatasinya. Intel mengatakan mereka telah mengenal-pasti masalah reboot pada cip Broadwell dan Haswell, dan akan mengeluarkan kemaskini untuk mengatasinya.

Selain pada kedua-dua versi cip pemprosesan ini, masalah reboot komputer ini turut dilihat berlaku pada cip generasi yang lain dan terbaru, seperti Kaby Lake. Intel masih tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan cip generasi lain ini.

Intel mengatakan mereka telah menguji versi kemaskini perisian baru untuknya, dan sedang mengujinya bersama rakan kerjasama lain. Kemaskini baru ini akan mula ditawarkan kepada semua pengguna selepas selesai fasa ujian ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Intel Meminta Pengguna Berhenti Memasang Kemaskini “Meltdown/Spectre” – Membawa Masalah “Reboot”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info