Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lagi Paparan Gambar Spartan – Pelayar Web Baru Microsoft Hadir Ke Arena Web

Keinginan Microsoft untuk hadir dengan pelayar web baru dilihat menerima perhatian ramai, dan pelbagai informasi baru berkaitan dengannya hadir satu demi satu. Terkini, sebuah lagi paparan antaramuka baru hadir ke arena web untuk pelayar web berkenaan, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan sokongan integrasi Cortana pada pelayar web berkenaan.


Spartan Browser


Dikenali dengan nama kod Spartan, pelayar web baru ini dijangka akan ditawarkan secara berasingan sementara Internet Explorer hadir terbina. Spartan dilihat membawakan rekaan elemen antaramuka menyerupai pelayar web pada Windows Phone, dan mungkin Microsoft ingin menyelarikan pengalaman penggunaan dengan pelayar web baru ini.


Antaramuka untuk Spartan ini dilihat turut membawakan idea daripada pelayar web moden baru seperti Chrome dan juga Firefox. Pada masa yang sama, Microsoft turut mengintegrasikan beberapa mod khusus, termasuk mod pembacaan (mungkin memfokuskan pengguna tablet), membolehkan pengguna menulis nota dan menyimpan terus ke OneNote, selain integrasi Cortana.


Spartan Browser


Microsoft dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai pelayar web baru ini ketika sebuah acara khas yang akan diadakan pada penghujung bulan Januari ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lagi Paparan Gambar Spartan – Pelayar Web Baru Microsoft Hadir Ke Arena Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info