Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Video Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Minggu Lagi Kepada Pengguna Umum

TwitterDesas-desus mengenai Twitter Video telah kedengaran sejak kebelakangan ini, dan kini mengikut laporan baru, Twitter dilaporkan bakal melancarkan perkhidmatan tersebut dalam masa beberapa minggu lagi kepada pengguna umum.


Twitter Video dilaporkan akan memudahkan pengguna dalam merakamkan video, menyunting dan berkongsi terus melalui aplikasi mereka ke Twitter. Ia dikatakan akan membawakan beberapa fungsi yang sedikit sama seperti mana ditawarkan oleh pihak Vine – yang turut dimiliki oleh Twitter.


Twitter Video dikatakan akan terhad kepada 20-saat untuk video yang dimuat-naik oleh pengguna. Untuk organisasi, jenama dan pengiklan mereka menawarkan masa yang lebih panjang, sekaligus membawa pengiklanan video natif ke perkhidmatan tersebut. Untuk rakan kerjasama terpilih juga, pihak Twitter menyediakan platform perkongsian melalui web untuk memudahkan mereka memuat-naik video yang berkualiti tanpa had saiz – tetapi terhad kepada 10 minit lamanya.


Pengenalan Twitter Video ini juga dilihat akan membawa kepada cara baru pengguna berkongsi info, disamping mungkin kita akan dapat melihat cara baru berita dikongsikan kelak.


Buat masa ini, terdapat beberapa rakan kerjasama telah menguji perkhidmatan Twitter Video, dan pengenalan kepada umum dijangka akan mengubah dan turut mempopularkan penggunaan Twitter Video ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Video Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Minggu Lagi Kepada Pengguna Umum"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info