Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Akan Menambah Ciri Nyah-Kunci Peranti Menggunakan Wajah Pada Honor 7X

Honor 7X telah sedia dijual di Malaysia sejak penghujung tahun lepas pada harga RM1099. Ia menawarkan pelbagai ciri menarik pada penawaran harganya, termasuk rekaan moden dengan nisbah skrin 18:9, sokongan dwi-kamera belakang dan sebagainya.

Honor 7X

Kini, menambahnya lagi, Honor mengumumkan yang mana kelak mereka akan menambah ciri nyah-kunci peranti menggunakan wajah pada Honor 7X. Ciri ini akan ditawarkan melalui kemaskini perisian yang dijangka hadir pada suku pertama 2018 ini.

Ciri seumpamanya telah mula diintegrasikan pada beberapa telefon pintar baru, dan dengan pengenalannya pada Honor 7X, ia sekaligus akan menjadikan telefon pintar ini lebih berbaloi lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Honor Akan Menambah Ciri Nyah-Kunci Peranti Menggunakan Wajah Pada Honor 7X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info