Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Meramalkan Penerbangan Tertunda

Google merupakan salah satu syarikat teknologi yang melakukan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan. Sebelum ini, Google telah mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada beberapa produk, dan kini gergasi teknologi berkenaan turut menggunakannya dalam meramalkan penerbangan yang mungkin tertunda.

Google mengintegrasikan ciri baru ini pada Google Flights, iaitu salah satu laman sehenti yang disediakan Google untuk menyemak pelbagai info berkaitan penerbangan.

Google menggunakan data seperti sejarah penerbangan, cuaca, dan sebagainya. Google akan menandakan ia sebagai tertunda apabila kadar peratusan kejituan mencapai lebih 80%. Seperti biasa, Google masih meminta pengguna untuk tiba di lapangan terbang tepat pada masanya – dan info yang disediakan oleh Google ini hanya sebagai info tambahan sahaja.

Buat masa ini, ciri baru ini diuji pada Google Flights di Amerika Syarikat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Meramalkan Penerbangan Tertunda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info