Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mengharamkan Pengiklanan Berkaitan Kriptowang

Facebook hari ini mengemaskini terma dan polisi pengiklanan pada platform mereka, dan mengumumkan yang mana kini mereka mengharamkan semua pengiklanan berkaitan kriptowang, termasuk berkaitan Bitcoin, ICO dan sebagainya.

Keputusan sementara ini dibuat dalam mengelak pengguna perkhidmatan Facebook terpedaya dengan pelbagai pengiklanan menipu yang menjanjikan pulangan wang yang tinggi. Dengan populariti kriptowang akhir-akhir ini, ia sekaligus membuatkan ramai yang menyasarkan pengguna yang kurang mengetahui kriptowang dan menjanjikan pulangan tinggi untuk pembelian ICO dan sebagainya.

Facebook Haram Kriptowang

Perubahan baru ini turut meliputi platform Facebook yang lain, termasuk Instagram. Langkah ini dilakukan oleh Facebook dalam mengurangkan iklan-iklan yang menipu dengan pulangan pelaburan tinggi dan sebagainya.

Seperti biasa, polisi ini mungkin berubah pada masa akan datang dengan lebih ramai mengenali mengenai kriptowang, dan perubahan arena kewangan digital.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mengharamkan Pengiklanan Berkaitan Kriptowang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info