Acer hari ini memperkenalkan kemaskini kepada komputer riba paling nipis didunia mereka, iaitu Acer Swift 7. Kini, Acer Swift 7 hanya membawakan ketebalan hanya 8.98 milimeter sahaja, sekaligus dikatakan sebagai komputer riba paling nipis di dunia pada hari ini.
Disamping ketebalan yang makin nipis, Acer Swift 7 juga kini menawarkan skrin bersaiz 14-inci, selain hadir dengan sokongan selular secara terbina padanya.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip Intel Core i7 generasi ketujuh, memori 8GB RAM, dan ruangan storan sebesar 256GB SSD.
Acer bakal memasarkan Swift 7 ini bermula bulan Mac kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Swift 7 Generasi Baru Diperkenalkan Dengan Ketebalan Hanya 8.98mm"