Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan AMD Ryzen Dan Radeon RX560

Disamping pengenalan komputer riba paling nipis didunia, Acer juga turut mengambil peluang untuk mengemaskini komputer riba memfokuskan permainan video daripada mereka pada harga yang sangat kompetitif, iaitu Acer Nitro 5.

Acer Nitro 5 2018

Seperti asalnya, ia turut hadir dengan skrin 15.6-inci, tetapi kini dikemaskini dengan menggunakan cip AMD Ryzen dan juga sokongan grafik AMD Radeon RX560. Pengguna turut diberikan pilihan dengan sokongan memori sehingga 32GB RAM dan storan sehingga 512GB SSD.

Komputer riba ini juga turut menyertakan perisian tambahan NitroSense bagi memudahkan anda memantau dan mengawal GPU dan CPU dengan mudah.

Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui lagi, dan Acer dijangka memasarkannya sekitar April atau Mei 2018.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan AMD Ryzen Dan Radeon RX560"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info