Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Redmi 5 Melepasi Pengesahan Sirim – Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Xiaomi kini dilihat akan menawarkan telefon pintar Redmi 5 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Telefon pintar berkenaan dilihat telah pun menerima pengesahan daripada pihak Sirim – sekaligus hanya menantikan penawaran daripada Xiaomi Malaysia sahaja buat masa ini.

Redmi 5

Menggunakan nama model MDG1, Xiaomi Redmi 5 ini hadir dengan rekaan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, cip Snapdragon 450, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan sehingga 32GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Menjananya adalah bateri berkapasiti 3300mAh.

XiaomI Redmi 5

Berkemungkinan, kita turut akan melihat penawaran Redmi 5 Plus bersama-sama dengannya, yang menawarkan skrin 5.99-inci, dan cip Snapdragon 625.

Buat masa ini, masih tiada info rasmi daripada Xiaomi Malaysia berkenaan peranti ini – dan mungkin kita akan mendengar mengenainya pada awal tahun 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi 5 Melepasi Pengesahan Sirim – Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info