Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Galaxy S9 Dijangka Mengekalkan Sokongan Bicu Audio 3.5mm

Sejak Apple membuang bicu audio 3.5mm, lebih ramai pengeluar peranti lain telah mula melakukan perkara sama dan membuang sokongan bicu audio 3.5mm, dan bergantung kepada penawaran audio melalui sokongan USB-C.

Untuk Samsung, mereka masih mengekalkannya, dan melalui desas-desus terbaru, gergasi Korea Selatan berkenaan dijangka akan mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm pada Galaxy S9 akan datang.

Info terbaru ini hadir daripada gambar komponen yang dikongsikan di arena web, dikatakan merupakan komponen untuk Samsung Galaxy S9 kelak.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan mungkin kita hanya akan mengetahui sama ada ia akan menyertakan sokongan bicu audio atau tidak pada Februari atau Mac kelak ketika pelancaran rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Galaxy S9 Dijangka Mengekalkan Sokongan Bicu Audio 3.5mm"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info