Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Shazam Untuk iOS Kini Ditambah Dengan Sokongan Luar-Talian

Apple sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan Shazam, iaitu aplikasi pengecaman muzik dan memberikan anda nama untuk sesuatu lagu yang sedang dimainkan. Shazam sebelum ini beroperasi secara atas-talian, dan tidak beroperasi sekiranya telefon anda tidak mempunyai sambungan rangkaian internet.

Walaubagaimanapun, kini perkara berkenaan berubah. Shazam hari ini memperkenalkan kemaskini untuk pengguna iOS, dimana ia kini turut menambah sokongan luar-talian pada aplikasi berkenaan.

Kini, anda boleh menjalankan Shazam walaupun anda tidak mempunyai akses internet, dan Shazam akan menyimpan data berkaitan sekaligus memberikan nama lagu yang dicari sebaik sahaja peranti anda disambungkan ke internet.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Shazam di iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.

Muat-Turun Shazam untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Shazam Untuk iOS Kini Ditambah Dengan Sokongan Luar-Talian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info