Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 5 Akan Menerima Fungsi Nyahkunci Menggunakan Wajah

Sebelum ini kami melaporkan ura-ura OnePlus 5 akan menerima fungsi nyahkunci menggunakan wajah seakan OnePlus 5T. Kemunculan fungsi ini pada OnePlus 5 akhirnya disahkan sendiri oleh pengasas OnePlus Carl Pei semalam.

Dengan fungsi ini, akhirnya pemilik peranti model lama dapat menikmati fungsi yang sama seperti yang ditemui pada OnePlus 5T. Carl Pei walau bagaimanapun tidak memberitahu bilakah fungsi ini akan diterima. Ia tidak disertakan bersama kemaskini Android Oreo yang diberikan semalam.

Fungsi ini pastinya akan menggembirakan pemilik OnePlus 5. Pada waktu tan sama ia mungkin menimbulkan masalah kepada OnePlus kerana mereka berhadapan saman kerana dikatakan menggunakan paten tanpa kebenaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "OnePlus 5 Akan Menerima Fungsi Nyahkunci Menggunakan Wajah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info