Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lockheed Martin Dan Aerion Bekerjasama Untuk Menghasilkan Jet Peribadi Supersonik

Pesawat supersonik komersial kali terakhir beroperasi pada tahun 2003. Perkhidmatan Concorde dihentikan kerana tragedi Air France 4590 dan pesawat yang telah terlalu berusia. Kini minat untuk menghasilkan pesawat penumpang supersonik kembali bagi memenuhi keperluan penumpang yang ingin tiba ke destinasi dengan pantas. Antara yang sedang dibangunkan ialah Boom dan QueSST NASA.

Pada waktu yang sama pembangunan jet peribadi supersonik juga dibangunkan secara selari bagi memenuhi golongan elit. Lockheed Martin dan Aerion telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan jet peribadi supersonik pertama. Aerion telah memulakan usaha membina jet peribadi Aerion AS2 yang dilengkapi tiga enjin sejak 2014.

Dengan kerjasama Lockheed Martin, proses pembangunan dari dipertingkatkan kerana pengalaman Lockheed yang sebelum ini menghasilkan SR-71 Blackbird yang mampu mencecah Mach 3.3.Kedua-dua syarikat berharap akan dapat melakukan penerbangan ujian menjelang 2023.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lockheed Martin Dan Aerion Bekerjasama Untuk Menghasilkan Jet Peribadi Supersonik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info