Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 17 Bilion Panggilan Video Dilakukan Menggunakan Facebook Messenger Sepanjang 2017

Facebook hari ini telah mengeluarkan statistik tahunan mereka untuk perkhidmatan permesejan Facebook Messenger – memperlihatkan ia terus digunakan secara meluas oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, sekitar 1.3 bilion pengguna menggunakan Facebook Messenger setiap bulan untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Facebook Messenger

Menurut Facebook, salah satu angka peningkatan tinggi kelihatan pada sokongan panggilan video. Lebih 17 bilion panggilan video masa-nyata telah dilakukan pada Messenger sepanjang 2017 ini – memperlihatkan peningkatan dua kali ganda berbanding 2016 lepas.

Disamping itu, pengguna turut telah berkongsi lebih 500 bilion emoji melaluinya, hampir 1.7 bilion emoji setiap hari. Disamping emoji, GIF juga turut menjadi pilihan popular, dimana sekitar 18 bilion GIF dikongsikan sepanjang 2017 melalui Facebook Messenger.

Secara purata, sekitar 7 bilion komunikasi dan perbualan berlaku melalui Messenger setiap hari. Dengan tahun 2018 menjelang tiba, Facebook menyasarkan lebih banyak ciri-ciri baru untuk diperkenalkan, termasuk sokongan komuniti melaluinya.

Bagi anda sendiri, adakah anda merupakan pengguna aktif Facebook Messenger?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lebih 17 Bilion Panggilan Video Dilakukan Menggunakan Facebook Messenger Sepanjang 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info