Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Maps Kini Memudahkan Anda Berkongsi Lokasi Masa-Nyata Dengan Rakan Dan Keluarga

Google Maps merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada majoriti besar telefon pintar Android, dan hari ini aplikasi berkenaan memperkenalkan salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu sokongan perkongsian lokasi masa-nyata.

Kini, melalui Google Maps, pengguna boleh membuat perkongsian lokasi masa-nyata bersama rakan-rakan atau ahli keluarga – sekaligus memudahkan mereka mengetahui dimana anda berada.

Google Maps Sharing

Perkara ini dijayakan melalui penggunaan sokongan geolokasi yang terdapat pada telefon pintar anda, dan menghantarnya melalui rangkaian data.

Pengguna boleh menetapkan tempoh masa terhad untuk perkongsian. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di luar dan ingin memberitahu ibu bapa, mungkin boleh menetapkannya selama mana berada di luar dan menamatkannya apabila tiba di rumah.

Ia juga sangat berguna ketika anda merancang pelbagai aktiviti dan sebagainya bersama rakan-rakan.

Ciri baru ini hadir melalui kemaskini aplikasi baru, dan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Maps Kini Memudahkan Anda Berkongsi Lokasi Masa-Nyata Dengan Rakan Dan Keluarga"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info