Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 10 Bilion Minit Telah Distrim Melalui iFlix Pada 2017

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang dibangunkan di Malaysia, dan ditawarkan di beberapa buah negara. Berkongsi statistik semasa pada hari ini, iFlix mengatakan sepanjang 2017 ini, iFlix memperlihatkan pengguna telah menstrim lebih 1 bilion minit distrim melalui platform mereka.

iFlix 10 Bilion

Ini memperlihatkan peningkatan berkali ganda berbanding 2016 yang hanya memperlihatkan sekitar 3 bilion minit distrim sepanjang 2016 lepas.

Pada tahun ini, iFlix telah hadir dengan sejumlah rancangan asli dan eksklusif untuk platform mereka – termasuk di Malaysia, Indonesia, dan juga Filipina.

Disamping minit penstriman, iFlix turut mengatakan yang mana aplikasi mereka kini telah dimuat-turun lebih 12 juta kali, dan perkhidmatan mereka kini ditawarkan di 24 buah negara seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 10 Bilion Minit Telah Distrim Melalui iFlix Pada 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info