Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ini ialah peribahasa Melayu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Kita mungkin berhati kudus sehingga mampu menunggang awan guling tetapi kita tidak tahu sekiranya ada pihak yang iri hati dengan kehidupan kita. Bagi mereka yang risau menjadi mangsa culik, The Secret Shoe telah dihasilkan.
Kasut ini mempunyai ruang simpanan tersembunyi untuk pelbagai gajet seperti telefon, pisau Swiss, kompas, lampu suluh, kapsul wang, penjejak GPS dan sebagainya. Di dalam situasi kecemasan, barang yang disorok boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa pemakai kasut.
Setiap kasut perlu ditempah dan pihak Oliver Sweeney yang menghasilkannya boleh menghasilkan ruang simpanan mengikut keperluan peribadi. Harga sepasang The Secret Shoe ialah £2000 (~RM 11,000). Harga yang agak mahal tetapi berbaloi sekiranya di dalam situasi hidup dan mati.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Secret Shoe – Kasut Dengan Ruang Simpanan Telefon, Pisau Dan Gajet Bagi Yang Risau Diculik"