Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Doogee V Tertiris – Skrin Seakan iPhone Dengan Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin

Peranti pertama dengan pengimbas jari terbina pada skrin akan dilancarkan oleh Vivo di acara CES 2018. Sistem pengimbas cap jari ini dijangka digunakan secara meluas tahun ini oleh pelbagai pengeluar. Doogee walaupun bukan nama besar dalam dunia peranti pintar tidak mahu ketinggalan dan akan turut mengikuti langkah yang sama.

Rekaan Doogee V tertiris ke arena web menerusi @evleaks. Peranti ini mempunyai rekaan skrin bertakuk seperti sebuah iPhone dengan panel belakang yang menyerupai sebuah Galaxy S9+. Pengimbas cap jari terbina pada skrin terletak pada bahagian dagu peranti nirbingkai ini. Tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran diketahui setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Rekaan Doogee V Tertiris – Skrin Seakan iPhone Dengan Pengimbas Jari Terbina Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info