Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telefon Android Didapati Menghantar Data Ke Google Walaupun Tetapan Lokasi Dimatikan

Pada peranti Android, mungkin anda sedia mendapati yang mana ia mempunyai sokongan perkongsian lokasi – yang mana akan menggunakan sokongan sensor GPS serta menara selular untuk mengetahui lokasi semasa anda. Ia sering digunakan untuk aplikasi navigasi, aplikasi sosial dan sebagainya untuk menawarkan kandungan yang khusus untuk anda.

Bagi anda yang tidak menyukainya, anda turut boleh mematikan ciri berkenaan dan menghentikan perkongsian lokasi berkenaan.

Terkini, ia dilaporkan yang mana sejak daripada awal tahun 2017 ini, peranti Android menghantar informasi berkaitan dengan lokasi menara selular berdekatan kepada Google – walaupun ciri lokasi pada peranti anda dimatikan dan tidak menggunakan sebarang aplikasi.

Walaupun perkara ini tidak memberikan kesan yang besar terhadap privasi anda – memandangkan ia menghantar lokasi menara telekomunikasi, tetapi ia masih menimbulkan ketidakselesaan.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Quartz, mereka mendapati info yang dikenali sebagai Cell ID ini dihantar ke Google, walaupun ia merupakan peranti baru dengan sokongan lokasi dimatikan, tanpa sebarang aplikasi mahupun sebarang kad-SIM.

Bercakap mengenainya, wakil Google mengatakan informasi yang dikenali dengan kod Cell ID ini tidak disimpan oleh mereka. Google mengatakan mereka berhasrat untuk menggunakannya untuk mempercepatkan kelajuan dan prestasi penghantaran mesej. Namun, gergasi perkomputeran berkenaan tidak menggunakannya. Google akan menghentikan pengumpulan Cell ID ini menjelang penghujung November ini.

Walaubagaimanapun, memandangkan Google mengumpulkannya tanpa memberitahu pengguna – malah tidak memberi pilihan kepada pengguna untuk mematikannya – menimbulkan ketidak selesaan dikalangan ramai pengguna.

Seperti biasa, ramai mungkin memandangnya sebagai isu yang remeh – tetapi mungkin akan lebih melenting sekiranya syarikat lain, terutamanya dari China melakukan hal yang sama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Telefon Android Didapati Menghantar Data Ke Google Walaupun Tetapan Lokasi Dimatikan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info