Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Menyahaktifkan Butang Bixby Sepenuhnya Dengan Kemaskini Terbaru

Peranti Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 ketiga-tiganya dilengkapi butang khusus untuk melancarkan Bixby. Ia amat berguna untuk melancarkan pembantu maya ini walaupun ketika skrin tidak aktif. Tetapi terdapat pengguna yang tidak mahu menggunakan Bixby. Oleh itu kemaskini diberikan September lalu untuk mematikannya.

Tetapi selepas kemaskini tersebut, butang fizikal ini masih lagi berfungsi dan sekiranya ditekan akan menghidupkan skrin. Kemaskini terbaru ke atas kesemua aplikasi Bixby telah menyahaktifkan terus butang fizikal yang wujud pada peranti. Dengan ini masalah skrin terpasang sekiranya butang ini tertekan secara tidak sengaja dapat diselesaikan.

Kemaskini perlu dilakukan menerusi Galaxy Apps kerana ia tidak dimuat turun secara automatik. Adakah anda masih menggunakan Bixby?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Menyahaktifkan Butang Bixby Sepenuhnya Dengan Kemaskini Terbaru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info