Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Mengaktifkan Rangkaian 4G LTE Di Pulau Pinang

Digi hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan rangkaian 4G LTE di Pulau Pinang, sekaligus membawa akses internet berkelajuan tinggi ke pengguna di negeri tersebut. Dengan rangkaian 4G LTE, pengguna boleh menikmati akses internet pada kelajuan lebih 3 ke 5 kali ganda berbanding akses 3G sebelum ini.

Digi 4G Penang

Menurut Digi, akses rangkaian 3G di Pulau Pinang meliputi sebanyak 99% kawasan, dan akses rangkaian 4G LTE kini meliputi lebih kurang 66%.

Bersempena dengan pengenalan rangkaian 4G LTE ini, pihak Digi menyediakan sebuah jerayawara (roadshow) khusus di Gurney Paragon, membolehkan pelanggan sedia ada prabayar dan pascabayar untuk menaik-taraf kad-SIM mereka kepada kad-SIM yang menyokong rangkain LTE secara percuma.

Digi turut mengatakan mereka ingin memperluaskan rangkaian 4G LTE mereka ke lebih banyak kawasan di Perak, Perlis dan juga Kedah. Buat masa ini, rangkaian 4G LTE daripada Digi meliputi Lembah Klang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Langkawi, Kampar dan juga Port Dickson.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Mengaktifkan Rangkaian 4G LTE Di Pulau Pinang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info