BMW Group Malaysia telah pun melancarkan kereta terbaru mereka untuk pasaran Malaysia daripada BMW 3-Series. Generasi ke-6 kenderaan daripada BMW ini hadir dengan rekaan dinamik dan elegan, serta menawarkan penampilan yang sporty.
Salah satu ciri baru yang hadir pada BMW 3-Series yang baru ini adalah BMW ConnectedDrive. Melaluinya, ia membolehkan pengguna kekal berhubung dengan dunia luar, tetapi pada masa yang sama dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan untuk pemandu.
BMW 3-Series ini hadir dengan sebuah ruangan kad-SIM pada kenderaan, yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan BMW ConnectedDrive tanpa memerlukan telefon pintar. Sistem inforia yang hadir pada BMW 3-Series ini dilengkapi perkhidmatan navigasi, serta Concierge Service yang memudahkan pengguna memilih lokasi pilihan untuk dituju seperti restoran atau hotel.
Dengan integrasi kad-SIM juga, sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan beg udara diaktifkan, sistem ini akan menghantar maklumat berkaitan kemalangan ke pusat panggilan BMW secara automatik. Data yang dihantar ini akan membolehkan pusat panggilan BMW ini menghubungkan ia dengan pihak yang bersesuaian untuk memastikan mangsa selamat dan diberikan bantuan yang diperlukan.
Disamping itu, pengguna juga turut boleh menikmati beberapa perkhidmatan dan aplikasi yang disertakan pada BMW 3-Series ini, termasuk kebolehan untuk menghantar emel ketika memandu, selain turut mengakses aplikasi seperti Spotify, Deezer dan sebagainya.
Beberapa versi BMW 3-Series ini akan dipasarkan di Malaysia bermula 21 November 2015 ini, dimana ia akan dipasarkan pada harga bermula RM208,800.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BMW 3-Series Baharu Diperkenalkan Di Malaysia – Hadir Dengan Sokongan BMW Connected Drive"