Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Ramadhan Untuk Android Menawarkan Maklumat Berkaitan Puasa, Terawih, Zakat Dan Sebagainya

Terdapat beberapa aplikasi bersempena bulan Ramadan untuk pengguna peranti mudah-alih, dan terkini salah seorang pembangun tempatan turut menerbitkan sebuah aplikasi yang direkabentuk dengan kemas dan menawarkan pelbagai maklumat asas bersempena bulan Ramadhan.

Ramadhan

Melalui aplikasi yang dinamakan Ramadhan ini, pembangunnya ingin membantu pengguna dalam meningkatkan kefahaman mengenai bulan Ramadhan ini, termasuk menyediakan info asas berkaitan puasa, terawih, zakat, serta info tambahan seperti waktu imsak dan bersahur. Aplikasi Ramadhan ini turut menyertakan soal-jawab berkaitan dengan bulan puasa yang sering tertanya-tanya oleh ramai pengguna. Aplikasi ini ditawarkan dalam pilihan bahasa Malaysia sahaja, dan turut menyertakan kandungan tambahan berbentuk doa terpilih dari al-Quran dan Sunnah.

Aplikasi Ramadhan ini ditawarkan untuk Android, dan versi iPhone akan menyusul dalam beberapa hari lagi. Pembangunnya telah menerbitkan versi iPhone, dan ia akan diterbitkan selepas diluluskan oleh Apple di AppStore.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android menjalankan versi Android 4.1 dan terkini, anda boleh memuat-turun aplikasi Ramadhan ini secara percuma dan menggunakannya dalam meningkatkan pengetahuan mengenai bulan Ramadhan.

Ramadhan Android

Ramadhan Android

Ramadhan Android

Ramadhan Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Ramadhan Untuk Android Menawarkan Maklumat Berkaitan Puasa, Terawih, Zakat Dan Sebagainya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info