Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengawal Permainan Rasmi Untuk Gear VR Dihasilkan Oleh Nyko

Samsung Gear VR ialah peranti realiti maya dengan jumlah pengguna kedua tertinggi di dunia di belakang Google Cardboard. Ia dilaporkan telah terjual lebih 5 Juta unit setakat ini. Dengan Gear VR terkini, sebuah alat kawalan disertakan bagi memudahkan interaksi dengan elemen antaramuka. Tetapi untuk permua realiti maya, pengawal permainan masih lagi diperlukan.

Oleh itu Samsung bekerjasama dengan Nyko untuk menghasilkan PlayPad VR. Pengawal permainan ini mempunyai dua butang analog, satu butang digital, empat butang hadapan, empat butang bahu dan dua butang L3 dan R3. Apabila tidak digunakan ia boleh dilekapkan pada bahagian hadapan Gear VR. Nyko PlayPad akan dilancarkan secara rasmi di E3 dan dijual pada harga $50 (~RM 204) pada penghujung tahun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengawal Permainan Rasmi Untuk Gear VR Dihasilkan Oleh Nyko"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info