Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rasmi : Streamyx 1Mbps/2Mbps Dikenali Broadband, Pelanggan Dikenali “Pengguna Pra-Unifi”

Telekom Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi kepada kami, dan mengesahkan yang mana mereka akan menjenamakan pakej Streamyx 1Mbps dan 2Mbps kepada nama baru, Broadband. Langkah ini selari dengan penjenamaan semula yang sedang dilakukan oleh Telekom Malaysia untuk produk penawaran awam dibawah jenama Unifi.

Bercakap lanjut mengenainya, Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana para pelanggan Broadband ini akan dikenali dengan nama “Pengguna Pra-Unifi“.

Streamyx Unifi

Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana pakej 1Mbps dan 2Mbps ini tidak ditawarkan secara meluas kepada pengguna baru kerana penawaran Unifi yang lebih meluas. TM mengatakan pengguna hanya akan ditawarkan dengan pakej jalur-lebar berkelajuan rendah ini sekiranya ia diperlukan sahaja.

Sebelum ini, Telekom Malaysia telah menjenamakan penggunaan talian Webe kepada Unifi, dan mungkin kita akan melihat beberapa perubahan lain. Namun, TM turut menekankan yang mana tidak semestinya mereka menjenamakan semua produk dibawah portfolio mereka sebagai Unifi.

TM mengatakan proses penjenamaan semula ini akan mengambil beberapa hari dan akan dapat dilihat dalam pemasaran dan komunikasi TM selepas ini. Pada masa yang sama, kini TM turut menarik pengguna mendaftar pakej pada kelajuan lebih tinggi – dimana mereka mengadakan promosi untuk mendaftar BB 8Mbps pada harga RM89 sebulan dibawah pakej Bonanza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Rasmi : Streamyx 1Mbps/2Mbps Dikenali Broadband, Pelanggan Dikenali “Pengguna Pra-Unifi”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info