App Shortcuts ialah pintasan pantas pada ikon aplikasi. Apabila ikon ditekan, pintasan pantas ke beberapa fungsi aplikasi akan dipaparkan sebagai menu. Fungsi ini diperkenalkan pada Android 7.1. Pada peranti Samsung, ia masih belum disokong walaupun pada peranti yang menggunakan Android 7.1 seperti Galaxy Note 8. Sebaliknya apabila ikon aplikasi ditekan, hanya pilihan memadam dan memilih ikon diberikan.
Program Android Oreo Beta Samsung dijangka akan dilancarkan kelak. Hari rakaman skrin Android Oreo untuk Samsung telah tertiris menerusi Reddit dan nampaknya fungsi App Shortcut akan akhirnya disokong. Selain Samsung, Sony juga hanya menyokong App Shortcuts selepas mula menggunakan Oreo. Diharap selepas ini fungsi ini akan digunakan dengan lebih meluas kerana ia memudahkan penggunaan aplikasi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "App Shortcuts Akan Akhirnya Disokong Peranti Samsung Dengan Android Oreo"