Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Menjadualkan Acara PlayStation Pada 8 September

Pada awal minggu ini, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Sony bakal berkongsi informasi berkaitan PlayStation dengan sokongan paparan resolusi tinggi pada awal September kelak. Kini, selari dengannya, pihak Sony dilihat telah mula menghantar jemputan media untuk acara yang dijadualkan pada 7 September 2016 di Amerika Syarikat (8 September waktu tempatan).

Sony PS4

PlayStation baru yang turut dikenali dengan nama PlayStation 4K kelak dijangka akan membawakan sokongan paparan pada resolusi 4K, dan turut menawarkan kemaskini dari segi cip pemprosesan. Walaupun menawarkan kemaskini konsol, pihak Sony masih akan memfokuskan kepada konsol PlayStation 4 sedia ada – dan semua permainan akan menyokongnya seperti biasa.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perkongsian teknikal pada acara ini, dan ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum dijual kepada umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Menjadualkan Acara PlayStation Pada 8 September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info