Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Xiaomi Akan Mula Menerima Kemaskini MIUI9 Bermula Minggu Ini

Xiaomi hari ini bersama-sama pengenalan peranti dibawah siri Redmi Y, turut telah mengumumkan penawaran sistem operasi MIUI berasaskan Android terkini, iaitu MIUI9. Xiaomi mengatakan MIUI9 akan ditawarkan untuk para pengguna global secara berperingkat bermula esok.

Peranti pertama yang akan menerima kemaskini MIUI 9 ini bermula minggu ini adalah Redmi Note 4 dan juga Mi Max 2.

Seterusnya, bermula pertengahan November kelak, peranti Mi MIX 2, Redmi Y1, Redmi Y1 Lite, Mi 5 dan Mi Max akan menerima kemaskini yang sama.

Peranti lain dijangka akan menerimanya bermula awal Disember kelak.

Melalui MIUI9, ia menyertakan sejumlah pengoptimasian untuk sistem, serta menawarkan kestabilan lebih baik berbanding sebelumnya. Xiaomi mengatakan MIUI9 juga menawarkan kelajuan penggunaan lebih baik berbanding versi Android asli.

MIUI9

Antara ciri baru yang disertakan adalah termasuk sokongan paparan notifikasi baru serta kemudahan membalas dengan pantas, kebolehan membahagikan skrin untuk menggunakan dua aplikasi, rekaan ikon beranimasi, penyunting gambar pintar, serta sejumlah fungsi baru lain – termasuk aplikasi Mi Video.

Mi Video

Xiaomi mengatakan yang mana pengenalan kemaskini MIUI9 ini adalah secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum peranti anda menerimanya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peranti Xiaomi Akan Mula Menerima Kemaskini MIUI9 Bermula Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info