Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Pro 6 Dilancarkan – Pemproses 10 Teras Dan Menggunakan Android Asli

Meizu Pro 6 dilancarkan secara rasmi di China hari ini ia adalah peranti utama mereka untuk tahun uni. Pertama sekali ia dilengkapi skrin 5.2” SAMOLED FHD, pemproses sepuluh teras MediaTek X25, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama sebesar 21 Megapixel dengan pemfokusan laser dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Sensor Sony IMX 230 digunakan pada kamera utama dan sistem flash berbentuk bulat dengan 10 lampu LED. Sebuah bateri sebesar 2560 mAh digunakan bagi mengusai peranti dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0. Bateri boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya sejam.

MEizu Pro 620160413_163353Seperti Meizu Pro 5 yang dilancarkan tahun lalu, Pro 6 mempunyai kerangka diperbuat daripada logam sepenuhnya. Butang kuasa dan suara terletak pada sisi sebelah kanan. Bicu audio, pembesar suara dan port pengecasan USB-C. Meizu Pro 6 menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar Fly Me OS rekaan Meizu. Berbeza dengan pelancar lain, Flyme tidak menggunakan butang Back ataupun Multi Tasking. Sebaliknya untuk mengakses skrin Multi Tasking, pengguna perlu mentatal dari bawah skrin ke atas. Untuk melakukan aksi Back pula pengguna perlu mentatal dari butang home ke atas.

Screen-Shot-2016-04-13-at-10.39Harga jualan ialah RMB 2499 (~RM 1496)  untuk versi 32 Gigabyte dan RMB 2799 (~RM 1676)untuk versi 64 Gigabyte. Kami turut difahamkan bahawa untuk pasaran antarabangsa, Pro 6 akan menggunakan stock Android dan bukannya Flyme OS. Tarikh penjualannya di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.

MEizu Pro 620160413_150318



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Meizu Pro 6 Dilancarkan – Pemproses 10 Teras Dan Menggunakan Android Asli"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info