Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Calendar Memperkenalkan Goals – Menyediakan Masa Untuk Anda Mempelajari Perkara Baru

Google Calendar sedia digunakan oleh sejumlah besar pengguna bukan sahaja pada Android, tetapi juga pada iOS dalam menguruskan tugasan dan aktiviti harian. Dengan ramai yang menggunakannya untuk mencatatkan aktiviti harian, kini Google memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan Goals.

Google Calendar

Goals merupakan sebuah fungsi baru yang membolehkan pengguna memilih mereka ingin membuat aktiviti apa – sebagai contoh mempelajari bahasa baru, bersenam, membuat yoga, dan sebagainya. Sebaik sahaja memilih sasaran mereka, Google Calendar secara automatik akan menguruskan masa, dan memilih masa terbaik untuk membuat aktiviti berkenaan.

Google Calendar juga akan secara pintar mengubah masa untuk sesuatu aktiviti berdasarkan kepada jadual harian seseorang, dan mencadangkan masa yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Google Calendar pada iOS dan Android, anda akan dapat melihat fungsi Goals ini dalam kemaskini baru aplikasi anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Calendar Memperkenalkan Goals – Menyediakan Masa Untuk Anda Mempelajari Perkara Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info