Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo A79 Diperkenalkan Dengan Skrin OLED 18:9 Dan Cip MediaTek

Oppo kini telah menambah satu lagi telefon pintar pada keluarga spesifikasi rendah-pertengahan mereka, iaitu Oppo A79.

Oppo A79

Oppo A179 hadir dengan skrin 6-inci dan menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9 – sekaligus menjadikan ia antara peranti Oppo berspesifikasi rendah-pertengahan dengan skrin seumpamanya. Ia juga menggunakan rekaan hampir nirbingkai – serta menawarkan nisbah skrin ke badan peranti yang tinggi.

Oppo A79

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan kamera 16-megapixel di belakang dan juga hadapan, selain bateri berkapasiti 3000mAh.

Buat masa ini, Oppo A79 hanya ditawarkan di China sahaja, pada harga CNY2399 iaitu sekitar RM1500.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo A79 Diperkenalkan Dengan Skrin OLED 18:9 Dan Cip MediaTek"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info