Nilai mata wang kripto terus memperlihatkan peningkatan drastik selama sehari dua ini. Terkini, nilai mata wang kripto Bitcoin telah pun mencapai lebih $9850, sekaligus memperlihatkan ia mencapai angka melangkaui RM40,000 mengikut tukaran mata wang semasa.
Menurut beberapa penganalisa, nilai mata wang kripto ini dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.
Disamping mata wang kripto Bitcoin, satu lagi mata wang kripto yang memperlihatkan peningkatan positif adalah Ethereum, dimana kini harganya telah melangkaui RM2,000.
Bercakap mengenai mata wang kripto, seperti dimaklumkan sebelum ini, Bank Negara Malaysia sedang melakukan kajian berkaitan dengannya dan dijangka akan mengumumkan garis panduan dan sebagainya tidak lama lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nilai Bitcoin Melepasi Angka RM40,000 – Terus Memperlihatkan Peningkatan Drastik"