Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Akan Lancarkan eGUMIS Untuk Mudahkan Semakan Status Wang Tidak Dituntut

Kerajaan hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sistem dinamakan eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) pada suku kedua 2018 kelak, dimana menggunakannya para pengguna tempatan boleh menyemak status wang tidak dituntut dengan mudah secara terus atas-talian.

Wang tidak dituntut berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, dan salah satu sebab utamanya adalah daripada urusan perbankan seperti akaun simpanan dibank yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Sehingga 31 Oktober 2017 lepas, wang yang tidak dituntut ini dikatakan mencapai RM5.96 bilion.

Dengan adanya sistem eGUMIS, ia akan mempertingkatkan lagi kadar kesedaran dikalangan pengguna, dan pada masa yang sama memudahkan para pengguna untuk menyemak sekiranya mereka mempunyai sebarang akaun yang tidak dituntut dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai sistem baru ini menjelang pelancarannya pada suku kedua 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Akan Lancarkan eGUMIS Untuk Mudahkan Semakan Status Wang Tidak Dituntut"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info