Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kelak, Anda Perlu Beri Info Seperti Nombor KP Ketika Jual-Ganti Telefon Terpakai

PPTM atau Pertubuhan Peniaga Telekomunikasi Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan sebuah borang khas untuk diisi pengguna sekiranya mereka ingin menukar-ganti atau menjual telefon pintar mereka.

Borang yang dinamakan sebagai PPTM Used Phone Trade In Agreement ini akan mula digunakan oleh rakan peniaga dan kedai telekomunikasi dibawah ahli PPTM yang mengambil dan membeli telefon terpakai untuk dijual kembali kepada pengguna lain. Dalam borang berkenaan, pengguna akan diminta untuk menyertakan beberapa maklumat – termasuk nombor kad pengenalan.

Langkah ini diambil dalam usaha untuk mengurangkan peranti dicuri yang dijual kepada peniaga, sekaligus merugikan mereka. Pengenalan borang ini dijangka dilakukan bermula 1 Disember 2017 ini.

Selain daripada itu, info lain yang akan dikumpulkan adalah termasuk alamat, dan juga nombor IMEI untuk telefon yang dijual.

Buat masa ini, borang ini akan digunakan oleh peniaga yang dibawah ahli PPTM sahaja, dan bukannya oleh semua penjual di seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kelak, Anda Perlu Beri Info Seperti Nombor KP Ketika Jual-Ganti Telefon Terpakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info