Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat

Apple sering memfailkan pelbagai teknologi dan perkara baru – supaya membolehkan mereka mengintegrasikan (atau tidak) pada produk akan datang mereka. Terkini, syarikat gergasi perkomputeran berkenaan telah memfailkan paten untuk peranti dengan skrin boleh-lipat.

Apple Paten Lipat

Daripada paten yang difailkan, mereka menerangkan yang mana skrin berkenaan berfungsi seumpama “buku” – membolehkan ia dibuka dan ditutup.

Buat masa ini, ia hanya sekadar paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada produk menggunakannya akan dihasilkan atau sebaliknya.

Bercakap mengenai penggunaan konsep lebih kurang sama, beberapa pengeluar telah mengatakan sebelum ini mereka akan hadir dengan peranti seumpamanya – termasuk Lenovo yang mempertontonkan sebuah tablet yang boleh dilipat dan dijadikan telefon pintar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Memfailkan Paten Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info