Hanya lima tahun yang lalu peranti Blackberry digunakan secara meluas oleh syarikat besar untuk kegunaan kakitangan. Sistem sekuriti dan pemesejan amat dipercayai keselamatannya. Tetapi Blackberry tidak lagi mengeluarkan peranti. Sebaliknya hanya menjual lesen kepada pengeluar untuk menggunakan nama mereka. Oleh itu kini wujud vakum untuk peranti yang memenuhi keperluan perniagaan.
Oleh itu di Jerman Samsung Galaxy Note 8 dan S8 Enterprise Edition telahpun dilancarkan. Ia masih lagi peranti dengan spesifikasi yang sama dengan hanya perubahan pada perisian. Ia mensasarkan kegunaan industri dengan sokongan perisian, Knox Configure dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun.
Di kalangan pembaca Amanz yang masih di dalam dunia perniagaan, apakah peranti yang digunakan sekarang selepas Blackberry tidak lagi menjadi pilihan utama?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 8 Dan S8 Enterprise Edition Dilancarkan Di Jerman"