Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Penghasilan Semikonduktor

Tahun ini Samsung memintas Intel sebagai pengeluar semikonduktor terbesar di dunia. Dominasi dalam penghasilan cip pemproses dan memori melonjakkan Samsung ke tangga teratas yang dipegang oleh Intel selama lebih dua dekad. Korea Herald melaporkan Samsung kini berhadapan saman kerana dikatakan melanggar paten penghasilan semikonduktor.

Samsung Exynos 9

Syarikat Tessera Technologies Inc memfailkan saman ke atas Samsung kerana dikatakan melanggar 24 paten penghasilan, penyatuan dan pembungkusan semikonduktor milik mereka. Samsung diberikan lesen penggunaan paten milik Tessera sejak 1997 dan ianya berakhir pada Disember 2016. Tessera mendakwa Samsung terus menggunakan paten ini selepas tarikh tersebut. Paten telah digunakan untuk menghasilkan pemproses untuk Galaxy S6. S7, S8 dan Note 8



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Penghasilan Semikonduktor"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info