Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten Terkini Samsung Memperlihatkan Rekaan Lebih Jelas Peranti Skrin Boleh Lipat Galaxy X

Samsung dijangka mula menjual peranti skrin boleh lipat Galaxy X mereka penghujung awal 2018. Ia hanya akan dijual dalam jumlah terhad bagi mengukur minat pasaran sama seperti yang dilakukan pada Galaxy Round sebelum ini. Sebuah paten baru sahaja difailkan oleh Samsung dan menunjukkan rekaan peranti ini dengan lebih jelas.

Seperti paten sebelum ini, Galaxy X ialah peranti dengan engsel di bahagian tengah. Apabila dibuka, dua skrin yang digunakan akan menjadi sebuah skrin memanjang. Mekanisme engsel turut dipatenkan dengan rekaan seperti runut kereta kebal. Apabila dilipat, peranti tidak ditutup sepenuhnya dengan ruang pada engsel. Ini membezakannya dari rekaan clamshell biasa Samsung W2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Paten Terkini Samsung Memperlihatkan Rekaan Lebih Jelas Peranti Skrin Boleh Lipat Galaxy X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info